fbpx
Tangkap layar pertengkaran mulut antara kakitangan MBSA dan pelanggan.

Bertengkar angkara nombor giliran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Pertengkaran mulut antara kakitangan kaunter Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan seorang pelanggan yang tular di laman sosial adalah disebabkan nombor giliran.

Menurut Unit Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, berdasarkan siasatan mendapati kejadian berlaku di kaunter cawangannya di Kota Kemuning pada 26 April lalu.

Katanya, hasil siasatan mendapati salah faham itu adalah berkaitan nombor giliran ketika pelanggan itu mahu memperbaharui lesen perniagaannya.

“Salah faham ini telah dapat diselesaikan setelah pelanggan mengambil nombor giliran dan akhirnya meneruskan urusan di kaunter cawangan tersebut.

“Pihak MBSA memohon maaf di atas insiden yang telah berlaku dan akan berusaha memastikan agar perkara sedemikian tidak berulang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, MBSA berharap penjelasan ini dapat memberikan gambaran sebenar terhadap isu video yang ditularkan di media sosial.

“Kita sentiasa mengalu-alukan sebarang pendapat dan cadangan daripada semua pihak demi meningkatkan lagi mutu dan kualiti perkhidmatan yang diberikan,” jelasnya.

Terdahulu tular video berdurasi satu minit 38 saat di laman aplikasi WhatsApp memaparkan pertengkaran mulut antara kakitangan dengan seorang pelanggan sebelum dileraikan kakitangan MBSA yang lain. -KOSMO!ONLINE

POPULAR