fbpx

1,697 kes Covid-19 direkodkan, 5 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 merekodkan sebanyak 1,697 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 4,479,809 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 1,548 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,413,310 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (707 kes), Kuala Lumpur (370 kes), Pulau Pinang (151 kes), Perak (78 kes), Johor (69 kes), Negeri Sembilan (50 kes), Sabah (48 kes) dan Kedah (47 kes).

“Seterusnya, Melaka (39 kes), Putrajaya (38 kes), Pahang (36 kes), Sarawak (25 kes), Terengganu (20 kes), Kelantan (15 kes), Labuan (empat kes) dan tiada kes direkodkan di Perlis,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, lima kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,620 kes serta satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID 7,543 kes.

Sebanyak 30,879 kes aktif dilaporkan melibatkan 29,693 kes dikuarantin di rumah, 23 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,123 kes di hospital, 18 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 22 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI