fbpx

Remaja lelaki maut motosikal dilanggar Myvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lokasi kemalangan melibatkan sebuah Myvi dan penunggang motosikal di Jalan Gombak Lama, malam tadi.

GOMBAK – Seorang remaja lelaki maut ketika dalam perjalanan untuk mengambil kasut sukan selepas motosikal ditunggangnya dilanggar kereta jenis Perodua Myvi dalam kemalangan di Batu 8 Jalan Gombak Lama, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 8.45 malam.

“Mangsa yang berusia 18 tahun itu menunggang motosikal jenis Yamaha LC dari arah Batu 10 dalam perjalanan untuk bermain futsal di Titiwangsa.

“Remaja itu berpatah balik ke Batu 10 kerana tertinggal kasut futsal sebelum hilang kawalan disebabkan jalan basah dan terbabas serta terjatuh di lorong bertentangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, sebuah kereta Myvi tidak sempat mengelak terus melanggar mangsa mengakibatkan remaja terbabit cedera parah di bahagian kepala.

“Remaja itu disahkan mati di tempat kejadian dan telah dibawa ke forensik Hospital Selayang untuk tujuan bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI