fbpx

Operasi cari pendaki ditangguhkan sebab cuaca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat selepas operasi ditangguhkan berikutan cuaca buruk di Hutan Simpan Gunung Suku, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dekat Ipoh -FOTO : ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Cuaca buruk memaksa pasukan penyelamat menangguhkan operasi mencari dua pendaki yang dibawa arus deras kepala air di Hutan Simpan Gunung Suku, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dekat sini.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, pencarian ditangguhkan pada pukul 4.30 petang kerana hujan lebat.

Menurut beliau, cuaca di lokasi kejadian tidak mengizinkan selain dibimbangi membahayakan anggota pasukan penyelamat.

“Operasi akan disambung esok pagi dengan bantuan pelbagai agensi lain.

“Sehingga petang tadi juga tiada perkembangan baharu pencarian, selepas penemuan dua bahagian tubuh dipercayai milik pendaki,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Operasi pencarian pada hari kedua hari ini dilakukan di dua lokasi yang telah dikenal pasti di laluan air termasuk kawasan kira-kira 500 meter dari jalan besar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI