fbpx

Kemasukan ke fasiliti kesihatan meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan (KKM) telah menjangkakan kenaikan kes selepas Aidilfitri dan ia dapat dilihat menerusi kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk yang meningkat 38 peratus pada Minggu Epidemiologi (ME) 19/2022 berbanding ME 18/2022.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagi hospital awam, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 bagi setiap 100,000 penduduk juga meningkat sebanyak 100 peratus.

“Untuk pengisian katil fasiliti Covid-19 menurun pada ME 19/2022 berbanding ME 18/2022 iaitu katil ICU menurun 10 peratus namun, katil bukan kritikal meningkat 18 peratus dan katil Pusat Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) meningkat 100 peratus.

“Jumlah kes memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) pula menurun sebanyak 10 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, bilangan kedatangan pesakit ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) meningkat 87.4 peratus selain peningkatan 153.4 peratus kes Covid-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah serta bilangan kes Covid-19 dirujuk CAC ke PKRC atau hospital yang meningkat 28.2 peratus.

“Trend kes aktif Covid-19 yang dipantau secara maya (CAC maya) pada ME 19/2022 menunjukkan peningkatan ketara iaitu sebanyak 162.4 peratus (35,167 kes kepada 13,400 kes) berbanding ME 18/2022. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI