fbpx

Eureka Drinks aktif perluas pasaran ke peringkat antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Produk Eureka Drinks menawarkan keunikan dan kelainan kepada pengguna, kerana selain untuk tenaga, ia juga memudahkan pelanggan tidur lena.

PETALING JAYA – Menghasilkan produk berinovatif dengan memiliki keunikan tersendiri berbanding produk pesaing bagi tujuan memenuhi gaya hidup masyarakat menjadi impian dan harapan ramai usahawan.

Untuk merealisasikan mi­si tersebut, mereka sanggup mengambil masa mencari idea, membuat kajian, me­labur modal dan menjalankan aktiviti pemasaran secara besar-besaran.

Inisiatif tersebut telah menjadi pemangkin kepada usahawan yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah yang kini berjaya mengukuhkan jenama produk minuman bertenaganya, Eureka Drinks sehingga menjadi sebutan ramai khususnya di Sabah dan Sarawak sejak mula diper­kenalkan di pasaran pada suku pertama 2020.

Fadzrul Dullie, 43, yang berpengalaman dalam bidang teknologi dan pembangunan aplikasi, tidak menyangka bahawa ideanya untuk menghasilkan produk minuman bertenaga berinovatif yang lebih sihat sei­ring kesedaran masyarakat ter­hadap ­perubahan hidup ke arah lebih bermanfaat membuahkan hasil.

Melalui syarikat Beta Maju Sdn. Bhd. (Beta Maju), ia menawarkan minuman enak yang me­ngandungi campuran nootropik iaitu yang pertama seum­pamanya diper­kenalkan di Malaysia.

Nootropik adalah ekstrak daripada bahan semua jadi 100 peratus ­berasaskan tumbuhan dan memiliki khasiat makanan tambahan serta ‘vitamin pintar’ yang mampu me­ningkatkan fungsi kognitif, ter­utamanya fungsi eksekutif, fokus, memori, kreativiti dan motivasi.

Fadzrul menunjukkan salah satu produk popular Eureka Drinks.

Menurut Fadzrul, Eureka Drinks yang bebas berkarbonat dan rendah kalori itu memberi pengalaman menarik buat pe­langgan.

Ini kerana ujarnya, mereka akan rasa lebih bertenaga bukan kerana kandungan gula yang terdapat dalam minuman tersebut, tetapi daripada ekstrak nootropik itu sendiri.

“Maka ia amat bersesuaian untuk golongan yang suka menjaga kesihatan dan aktif bersukan, tetapi sentiasa menekankan aspek pengurangan gula dalam kehidupan masing-masing,” kata­nya dalam satu temu bual secara maya baru-baru ini.

Fadzrul menerangkan, melalui khasiat bahan semula jadi itu, syarikat telah mengeluarkan empat rangkaian produk yang kini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.
Ia terdiri daripada Alert + Awake Energy Can, Alert + Awake Energy Shot dan Alert + Awake Xpresshot.

Selain memberi tenaga se­mula jadi kepada pelanggan, produk syarikat iaitu Dream Aid Sleep Shot pula dapat membantu pelanggan mudah tidur dalam keadaan yang tenang dan merehatkan minda.

Semua produk minuman tersebut telah dipasarkan secara meluas di pasaran Sabah dan juga Sarawak termasuk berjaya menembusi negara jiran seperti di Brunei dan Indonesia serta di Dubai, Emeriyah Arab Bersatu.

Buat masa ini, minuman tersebut dijual di 500 rangkaian pasar raya besar dan pasar mini termasuk rangkaian stesen minyak MyMesra Petronas Dagangan, 400 outlet kedai serbaneka se­perti KK Mart dan 7Eleven serta lebih daripada 3,000 kedai runcit.

“Produk minuman ini akan diperluaskan pasarannya ke Semenanjung bermula perte­ngahan tahun ini dalam usaha melonjakkan jualan, selain ­mengukuhkan jenama,” ujarnya.

Fadzrul (empat dari kiri) bersama sebahagian daripada kakitangan Beta Maju yang beribu pejabat di Kota Kinabalu, Sabah.

Fadzrul berkata, sokongan daripada agensi kerajaan melalui platform Digital Halal Development Corporation, Halal Integrated Platform (HIP) turut membantu menaikkan lagi jenama Eureka Drinks dalam kalangan pembekal dan pengguna melalui program usahawan yang dijalankan HIP.

“Pada awal operasi syarikat, kami memberi tumpuan untuk mempromosikan jenama, kelai­nan dan keunikan produk kepada umum.

“Ini kerana, ia penting bagi meningkatkan kesedaran mereka bahawa Eureka Drinks bukan minuman berkarbonat dan gula tidak menjadikan mereka lebih bertenaga, sebaliknya daripada nootropik.

“Sebab itu, sesiapa sahaja boleh mengambil air minuman ini kerana ia kurang gula dan kurang kalori sehingga boleh menjejaskan kesihatan mereka yang ada penyakit diabetes atau lain-lain,” jelasnya.

Selain itu, syarikat juga me­nerima testimoni yang baik daripada pasaran khususnya bagi mereka yang sukar tidur.

“Kami hasilkan minuman berinovatif Dream Aid Sleep Shot bertujuan untuk membantu memberi ketenangan dan me­ngurangkan tekanan sehingga membolehkan seseorang itu terlena bagi mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.

Mengulas lanjut mengenai perancangan masa depan syarikat, produk Eureka Drinks yang telah mendapat pensijilan halal itu mahu meluaskan lagi pasaran eksportnya memandangkan tiada lagi minuman seumpama itu dipasarkan di peringkat antarabangsa.

Selain itu, Beta Maju juga mahu menambah kategori minuman baharu secara berperingkat di pasaran bagi memenuhi permintaan pelanggan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN