fbpx

Coffizz penuhi cita rasa peminat kopi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gabungan kopi dan air berkarbonat dengan kandungan kafein rendah mampu memberi kesegaran kepada peminat Zus.

PETALING JAYA – Zus Coffee melancarkan Coffizz, minuman kopi berkarbonat halal pertama di Malaysia yang tersedia dalam tin sedia diminum (ready-to-drink, RTD).

Produk ini merupakan kelua­ran sulung Zus dalam usaha syarikat untuk berinovasi dengan menyediakan Barangan Pengguna Cepat Laris (Fast Moving Consumer Goods) dan produk gaya hidup di bawah segmen Zus Everywhere.

Pengarah Bisnes Zus Everywhere, Ng Chun How berkata, ia merupakan titik permulaan dalam misi syarikat untuk mengeluarkan pelbagai lagi produk sepanjang tahun ini, yang akan dilancarkan di laman web rasmi jenama berkenaan.

Keluaran terbaharu itu dicipta khas untuk merapatkan jurang dalam pasaran dengan menyediakan pilihan kopi berkarbonat versi RTD yang mudah dinikmati oleh pelanggan.

Perisa kopi yang pahit mungkin tidak digemari ramai, tetapi gabungan air berkarbonat dan kandungan kafein yang rendah dalam Coffizz membolehkan le­bih ramai pelanggan mencuba minuman harian ini.

“Didorong oleh pencapaian kami selama ini yang telah menyediakan lebih daripada 50 juta cawan kopi berkualiti mampu milik di Malaysia, Coffizz merupakan bukti cita-cita dan usaha kami untuk terus berinovasi.

“Kami yakin bahawa keluaran terbaharu ini dapat membawa sesuatu yang luar biasa ke landskap kopi tempatan dan kami ingin menyediakan lebih banyak pilihan yang menyegarkan dan mudah dinikmati oleh semua, di mana-mana sahaja,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, baru-baru ini.

Chun How menerangkan, produk itu pada mulanya dilancarkan dalam versi Kotak 3-Tin Edisi Terhad yang hanya boleh didapatkan secara eksklusif dalam talian dengan ketersediaan sebanyak 10,000 unit sahaja yang telah habis dijual dalam tempoh 10 hari selepas pelancaran.

Coffizz sesuai dijadikan pilihan penggemar kopi yang inginkan perisa kopi yang ringan dan menyegarkan kerana rasa kopinya yang berkarbonat tanpa rasa pahit.

Diperbuat daripada eks­trak kopi sebenar, Coffizz menjamin kelazatan kopi berkualiti tinggi yang sama de­ngan rasa minuman kurang ka­fein yang masih mampu memberikan kesegaran semasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI