fbpx

Rangka dinosaur paling sempurna dijual RM54 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bidaan rangka dinosaur ini berlangsung di firma lelongan Chritie’s cawangan New York. - WSJ

BANDAR RAYA NEW YORK – Rangka dinosaur paling lengkap pernah ditemui telah berjaya dijual dengan harga mencecah AS$12.4 juta (RM54 juta) oleh firma lelongan Christie’s, lapor portal MailOnline, kelmarin.

Dipamerkan dalam keadaan berdiri pada ketinggian 1.47 meter, rangka berusia 110 juta tahun itu tergolong dalam pemangsa puncak Deinonychus antirrhopus.

Deinonychus menjadi salah satu dinosaur yang paling dikenali di dunia selepas pelancaran filem blockbuster Jurassic Park pada 1993.

Christie’s menjual rangka digelar Hector, satu-satunya fosil Deinonychus milik persendirian di dunia pada lelongan berprestij di New York.

Deinonychus yang bermaksud ‘kuku dahsyat’ telah digali di Wolf Canyon, Montana, Amerika Syarikat (AS) antara 2012 dan 2014.

Ia telah dipelihara hampir sempurna selama kira-kira 110 juta tahun sejak zaman Cretaceous awal.

Hector hanya pernah dipamerkan publisiti sekali sebelum ini di Muzium Sejarah Alam Denmark di Copenhagen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI