fbpx

Penyelia maut terkena serangan jantung sewaktu memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Proton Ertiga dinaiki Mohd. Noor yang terbabas di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Nyior, Paka, Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang penyelia syarikat swasta yang disyaki terkena serangan jantung maut sewaktu memandu apabila kenderaan pelbagai guna (MPV), Proton Ertiganya terbabas di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Nyior, Paka di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 2.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Noor Mustafa, 45, meninggal dunia akibat kecederaan di beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, lelaki itu bersama isterinya, Rafida Ismail, 39, dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu dari Kuantan, Pahang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan tiba-tiba terkena serangan jantung yang menyebabkan dia gagal mengawal MPV dipandunya.

“Ia menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan lalu terbabas memasuki parit di tepi jalan,” katanya di sini hari ini.

Baharudin berkata, isteri mangsa, Rafida yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Tambah beliau, mayat Mohd. Noor telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk dibedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI