fbpx

Hasrat Mike rangkul emas tertunai di Hanoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIKE berjaya meraih emas ke-16 buat kontinjen negara selepas mengungguli acara 'Athletics Physique' sebentar tadi.

HANOI – Jaguh bina badan negara, Mohd. Syarul Azman Mahen Abdullah akhirnya mampu tersenyum selepas berjaya menunaikan hasratnya dengan menjelmakan pingat emas pada temasya Sukan SEA Vietnam 2021 sebentar tadi.

Syarul Azman yang terkenal dengan panggilan Mike sebelum ini gusar apabila pada mulanya dia dikesan positif Covid-19 sebelum menjalani kuarantin sejurus tiba ke Hanoi.

Namun Mr Asia lima kali itu dibenarkan bertanding selepas mendapati bahawa Mike bebas dari Covid-19 dan boleh mengambil bahagian dalam acara Athletics Physique sebentar tadi.

Kini, segala tekanan terlerai apabila Mike menjulang emas sulung buat negara di Hanoi selepas berjaya mengatasi atlet tuan rumah, Tien Nguyen Minh yang meraih perak dan Thailand, Pong Pala raih gangsa.

“Saya hampir putus asa, namun syukur saya dapat bertanding dan sumbang emas buat malaysia.

“Saya mengalami tekanan selepas dikurung dua malam dalam bilik ‘penjara’ oleh penganjur meskipun saya dalam keadaan sihat. Ini pengalaman paling buruk pernah saya sertai.

“Saya cakap ni pun nak menangis sebab sedih merela melakukan saya seperti ini. Saya sampai angkat tangan merayu kepada mereka untuk keluar dari bilik tahanan tersebut.

“Kini segala berakhir dan saya berjaya menyumbang emas buat negara dan pertama dalam karier di pentas Sukan SEA. Ini adalah emas buat semua rakyat Malaysia,” katanya kepada Kosmo! sebentar tadi.

Kemenangan itu sekali gus menyumbang emas ke-16 kontinjen Malaysia di bumi Hanoi.

Kali terakhir bina badan dipertandingkan di Sukan SEA ialah pada edisi 2013 di Myanmar apabila Malaysia membawa pulang masing-masing satu emas, perak dan gangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI