fbpx
ANGGOTA kumpulan pembela hak asasi wanita di Afghanistan mengambil bahagian dalam protes terhadap dasar Taliban di Kabul pada 10 Mei lalu. - AFP

Taliban larang lelaki dan wanita keluar janji temu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL – Pemerintah Taliban telah melarang lelaki dan wanita di Afghanistan duduk semeja di restoran selain menetapkan hari yang berbeza untuk kedua-dua jantina berkunjung ke taman, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Seorang pegawai Taliban di Kementerian Penggalakan Kebajikan dan Pencegahan Maksiat, Riazullah Seerat mengesahkan bahawa pihak berkuasa itu telah mengarahkan lelaki dan wanita duduk berasingan di restoran. 

Menurut beliau, peraturan itu turut berkuatkuasa ke atas pasangan suami isteri.

Dalam pada itu, golongan wanita di bandar ketiga terbesar di Afghanistan, Herat juga dihentikan pemberian lesen memandu motosikal serta diarah untuk menutup seluruh badan mereka dengan memakai burqa. 

Antara kesalahan lain yang turut menyebabkan golongan wanita ditahan termasuk pelajar perempuan yang bergambar dengan rakan sekelas lelaki.

Kumpulan radikal itu dikatakan memungkiri janji mereka untuk memerintah negara tersebut dengan lebih terbuka berbanding pemerintahan sebelumnya dari 1996 hingga 2001.

“Kami mahu wanita hidup dengan maruah dan selamat. Prinsip dan ideologi Islam lebih penting berbanding perkara lain bagi kami,’’ kata pemangku menteri dari Kementerian Penggalakan Kebajikan dan Pencegahan Maksiat, Khalid Hanafi. – Agensi

POPULAR