fbpx

RM878.8 bilion ‘lenyap’ dari pasaran mata wang kripto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pelajar universiti melihat nilai mata wang kripto pada telefon pintarnya di Herat, Afghanistan pada 15 Februari lalu. - AFP

WASHINGTON – Nilai mata wang digital kelmarin dilaporkan telah menjunam dalam apa yang dipanggil sebagai ‘musim sejuk kripto’, lapor portal berita MailOnline, kelmarin.

Ia telah menyebabkan pelabur kehilangan berbilion-bilion dolar dan mencetuskan kebimbangan bahawa ia menjadi petanda kepada kejatuhan pasaran saham yang lebih luas.

Mata wang kripto kedua terbesar dunia, Ethereum turut mengalami kejatuhan. Nilainya menjunam 20 peratus dalam tempoh 24 jam kelmarin setelah kemelesetan digital melanda pelaburan yang dilakukan ketika pandemik Covid-19.

Mata wang kripto adalah satu bentuk wang digital yang menggunakan matematik untuk mencipta kod unik yang dilabur oleh pelanggan.

Bitcoin merupakan mata wang digital asal yang digunakan sejak 2009 untuk memintas bank pusat.

Semakin banyak mata wang dihasilkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk seni digital yang dipanggil token digital tidak boleh ditiru atau ditukar ganti (NFT).

Semua nilai mata wang digital dilaporkan menurun secara mendadak sejak beberapa hari lalu termasuk mata wang yang kehilangan 98 peratus nilai ketika kebimbangan terhadap ekonomi global merebak dan pelabur mula menjual aset-aset yang berisiko.

Lebih daripada AS$200 billion (RM878.8 bilion) telah dihapuskan dari pasaran mata wang kripto bagi tempoh kelmarin sahaja.

Bagaimanapun, kebanyakan pelabur dalam pasaran saham tradisional turut terjejas dengan saham teknologi Amerika Syarikat (AS) merekodkan penurunan dalam beberapa minggu kebelakangan ini termasuk Amazon yang turun 30 peratus dalam tempoh sebulan. 

Indeks FTSE 100 turun 2.5 peratus pada pagi kelmarin selepas angka rasmi menunjukkan ekonomi Britain berkembang lebih perlahan daripada jangkaan pada suku pertama. 

Ramai pelabur amatur bertindak membeli saham dan mata wang digital semasa pandemik Covid-19 untuk menjana wang kerana nilainya secara am meningkat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI