fbpx

Penantian 11 tahun Inter julang Piala Itali temui noktah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTER berjaya menamatkan penantian kejuaraan Piala Itali selama 11 tahun selepas muncul juara dengan menewaskan Juventus awal pagi semalam. – AFP

MILAN – Pengendali Inter Milan, Simone Inzaghi seakan hilang kata-kata ketika membantu kelab itu menjulang trofi Piala Itali buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun selepas menewaskan Juventus, awal pagi semalam.

Dalam aksi final semalam, Ivan Perisic muncul wira Inter apabila menghasilkan dua jari­ngan dalam masa tambahan untuk meraih kemenangan 4-2 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam masa permainan sebenar.

Dalam saingan Serie A, walaupun masih berpeluang untuk memintas AC Milan di puncak liga, Inzaghi seakan enggan terlalu memikirkan tentang baki dua perlawanan sebaliknya mahu meraikan kejayaan yang sudah dicapai ketika ini.

“Saya berbesar hati untuk berkongsi trofi ini dengan staf kejurulatihan yang banyak membantu dalam melakukan persiapan bagi menghadapi tiga perlawanan dalam tempoh seminggu.

“Kami mungkin melepaskan beberapa detik terbaik untuk menjadi pasukan yang lebih bagus, namun saya tidak berasa kesal,” katanya.

Paling mengujakan Inzaghi adalah melihat respons daripada para pemainnya untuk menjadikan pasukan ini lebih baik.

“Ini adalah perlawanan ke-50 kami musim ini dengan kami ber­aksi sembilan kali dalam tempoh sebulan. Bagaimanapun, pasukan kami berjaya bertindak balas dengan baik termasuk pemain gantian.

“Sekarang adalah masanya un­tuk menikmati kejayaan ini bersama penyokong, selepas sekian lama menanti,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI