fbpx

Pak Hamid semakin pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khir (duduk) ketika menyantuni Hamid Gurkha di kediamannya, hari ini.

KLANG – Pelawak veteran, Hamid Gurkha,90, semakin pulih setelah dilaporkan uzur akibat dijangkiti Covid-19 dua bulan lalu.

Menurut isterinya, Timah Abdul Hamid,80, suaminya sudah mampu duduk dan berjalan ke bilik air sendiri tetapi perlu dikawal pergerakannya kerana Hamid pernah jatuh dan cedera di dahi.

“Sebagai isteri saya bimbang dia jatuh lagi seperti sebelum ini akibat badan terlalu lemah.

“Dia kurang selera makan selepas dijangkiti Covid-19. Suami saya tiada penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi,” katanya ketika menerima kehadiran bekas Menteri Besar Selangor, Dr.Khir Toyo di Taman Sri Andalas hari ini.

Sebelum ini media melaporkan Hamid atau nama sebenarnya, Abdul Hamid Abdul Rahman berada dalam keadaan uzur dan fizikalnya berada dalam keadaan kurus selepas dijangkiti Covid-19 sebelum ini.

Timah berkata, Hamid semakin uzur bukan sahaja disebabkan Covid-19 tetapi faktor usianya yang lanjut menyebabkan pemulihan kesihatannya mengambil masa yang panjang selepas dijangkiti Covid-19.

Tambahnya, Hamid tetap berpuasa penuh pada bulan Ramadan lalu walaupun badannya tidak sihat kerana menganggapnya adalah bekalan di akhirat. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI