fbpx
KAK KM

Kak KM rimas stail artis tak dedah muka anak tapi tunjuk tangan, kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Usahawan yang juga anak kepada dramatis handalan, Normah Damanhuri iaitu Kak KM mempersoalkan tindakan segelintir selebriti yang berkongsi gambar bayi selepas bersalin namun tidak mendedahkan wajah anak mereka.

Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli berkata, adalah tidak wajar seseorang itu tidak berkongsi wajah zuriat mereka memandangkan anak merupakan anugerah Allah dan mereka sepatutnya berasa gembira dan bersyukur.

“Rimas dan tak faham kenapa nak muat naik gambar anak selepas bersalin tetapi tidak tunjukkan wajah sebenar. Ada pula sengaja tunjuk gambar kaki atau tangan bayi sahaja.

“Kalau masa hamil boleh kongsi perkembangan diri mengapa tidak selepas bersalin? Allah sudah kurniakan rezeki, tak salah untuk kongsikan kerana itu tanda kita gembira dan syukur dengan pemberiannya,” katanya.

Terdahulu, Kak KM meluahkan rasa rimas dalam satu hantaran status portal hiburan apabila terdapat segelintir selebriti tanah air menutup wajah anak mereka namun berkongsi berita sudah bersalin kepada umum.

“Rimas betul tutup-tutup muka anak. Saya dah lihat ramai orang tak mahu kongsi gambar anak sebab takut kena santau atau perbuatan jahat orang lain. Kenapa perlu ada perasaan begitu jika kita tak buat salah?

“Apa yang penting adalah niat kita untuk kongsi berita gembira. Jangan nak fikir benda yang buruk sahaja,” katanya.

Sebagai info, Kak KM dan suami, Razman Ramli dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nabila, Fariz, Rania dan Cinta Carissa. – KOSMO! ONLINE

POPULAR