fbpx

Jenazah pelajar USAS, Ahmad Akmal selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Ahmad Akmal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Hijau Kampung Kedah, Parit Buntar malam tadi.

PARIT BUNTAR – Jenazah salah sorang pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, yang terbabit dalam kemalangan maut selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Hijau Kampung Kedah di sini pukul 11.20 malam tadi.

Jenazah telah disolatkan di Masjid USAS sebelum dibawa pulang mengunakan van jenazah dan tiba di tanah perkuburan pada pukul 10.50 malam ini.

Upacara pengebumian dihadiri kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarganya selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnol Zulkarnain Abdul Munaim.

Sementara itu, bapa saudara Allahyarham, Yuzambree Ramlee Mohd. Yunus, 46, berkata, semua ahli keluarga terkejut apabila dimaklumkan tentang kejadian tersebut.

Katanya, Mohd. Akmal tinggal bersama keluarganya di Parit Buntar selepas kematian neneknya yang mengasuh sejak kecil setelah kedua ibu bapanya bercerai.

Kali terakhir dia berjumpa Mohd. Akmal ialah lima hari lalu sebelum kembali ke kolej.

Katanya, anak saudaranya itu ada menunjukkan perubahan apabila tidak banyak bercakap sepertimana sebelumnya ketika pulang beraya baru-baru ini.

“Ada kadang-kadang tu macam nampak ada perubahan, tetapi tak sangka jadi macam ini.

“Memang tak sangka betul mengejut macam ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI