fbpx
Tangkap layar rakaman video tular individu yang berendam dalam Tasik Dayang Bunting untuk hamil.

Berendam dalam Tasik Dayang Bunting untuk hamil karut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Sudah pasti pasangan berkahwin menginginkan cahaya mata sebagai penyeri dalam rumah tangga sehingga ada segelintir yang sanggup ikhtiar dan mula percaya dengan perkara mitos.

“Orang kata kalau tengah usaha nak dapatkan zuriat boleh cuba berendam dalam tasik Dayang Bunting,” itulah ungkapan yang sering diucapkan.

Perkongsian seorang pengguna di pengguna media sosial, Malissa Ali menasihatkan pasangan berkahwin untuk tidak sewenang-wenang percaya dengan benda yang memesongkan agama.

Wanita itu berpendapat ia adalah merupakan satu kenyataan yang mendorong kepada khurafat sehingga boleh menggoyahkan iman seseorang individu.

“Inilah padah internet, benda khurafat macam ini boleh memesongkan orang,” tulisnya.

Sementara itu, mitos yang membawa kepada perkara khurafat ini mendapat kecaman netizen yang mempersoalkan perkara itu.

“Syirik kalau percaya benda sebegitu, kalau mengandung itu asbab dari Allah bukan sebab Tasik Dayang Bunting,” komen seorang pengguna.

“Jaga-jaga takut kita tergolong dari golongan syirik,” tulis pengguna lain. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR