fbpx
Anggota bomba cuba menenangkan perasaan remaja perempuan yang tular berdiri di tembok bangunan tingkat lima sebuah pusat beli belah semalam.

Bukan nak bunuh diri, cuma tenangkan fikiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Tindakan seorang remaja perempuan yang tular di berada di tembok tingkat lima bangunan pusat beli belah di Seksyen 7 di sini semalam bukan untuk membunuh diri sebaliknya bagi menenangkan dirinya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, berdasarkan siasatan mangsa menjelaskan tiada niat untuk membunuh diri.

“Dia juga menyatakan berada di atas tembok berkenaan untuk menenangkan fikirannya.

“Setakat ini kes telah dirujuk ke Hospital Shah Alam untuk tindakan susulan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelas Mohd. Iqbal, tindakan remaja itu diketahui selepas rakan lelaki telah melihat status aplikasi WhatsApp daripada mangsa yang menunjukkan gambar berada dilokasi atas bangunan pusat beli belah itu.

Ujarnya, rakan lelaki itu kemudiannya telah bergegas ke lokasi dan berjaya memujuk wanita tersebut untuk turun.

“Hasil siasatan mendapati remaja perempuan itu dipercayai mengalami masalah tekanan dan anxiety.

“Maklumat dari bapa mangsa menyatakan bahawa mangsa mendapatkan rawatan berkaitannya itu di HSA,” katanya.

Kosmo! Online semalam melaporkan masalah kesihatan dan kemurungan dipercayai punca seorang remaja perempuan cuba terjun dari tingkat lima sebuah pusat beli belah di Seksyen 7 di sini. – KOSMO! ONLINE

POPULAR