fbpx

Bengkel lori disyaki punca pencemaran minyak diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai LUAS melakukan siasatan di lokasi pencemaran minyak diesel.

SHAH ALAM – Sebuah bengkel lori dipercayai menjadi punca pencemaran minyak diesel di kawasan longkang awam berhampiran Sungai Langat, Kajang, semalam.

Perkara itu dikesan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dan segera memaklumkan kepada kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk tindakan lanjut pada pukul 3.45 petang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata, siasatan awal mendapati terdapat bau seakan minyak diesel dikesan dari longkang keluar ke Sungai Langat.

Katanya, hasil siasatan LUAS turut menemukan sebuah bengkel lori yang disyaki punca insiden pencemaran tersebut dengan menemukan sisa minyak di longkang berdekatan premis berkenaan.

Anggaran jarak pencemaran ke tiga lokasi loji rawatan air (LRA) iaitu Sungai Semenyih, Bukit Tampoi dan Labohan Dagang antara 24 hingga ke 44 kilometer (km).

“Justeru, Kod Kuning berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air diaktifkan bagi menjalankan siasatan menyeluruh.

“Air Selangor meletakkan dua beg Serbuk Karbon Teraktif di longkang berdekatan premis itu bagi menahan sisa minyak daripada memasuki Sungai Langat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Loy Sian, pensampelan dijalankan di empat lokasi berbeza dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut mengambil sampel di dalam premis berkenaan.

“Air Selangor meletakkan dua beg Serbuk Karbon Teraktif di longkang berdekatan premis itu bagi menahan sisa minyak daripada memasuki Sungai Langat.

“Selain itu, tindakan kawalan dalam tempoh kurang empat jam itu turut melibatkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, LUAS telah mengeluarkan arahan kepada premis terlibat berdasarkan Seksyen 121(1) Enakmen LUAS 1999 untuk mengalihkan bahan pencemar dan melaksanakan pembersihan segera supaya pencemaran tidak berulang.

“JAS dan MPKj turut telah memberi arahan pembersihan kepada pihak premis,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI