fbpx

Banyak aduan kekurangan jururawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin bercakap kepada pemberita ketika menghadiri sambutan Hari Jururawat Antarabangsa di Putrajaya hari ini. - FOTO: FAIZ ALIFF

PUTRAJAYA – Isu kekurangan jururawat antara aduan yang banyak diterima oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sekali gus perlu ditangani dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sehubungan itu, beliau berusaha untuk menangani masalah melibatkan kekurangan jururawat di negara ini.

“Saya bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdulah beberapa minggu lepas telah pergi ke Hospital Tunku Azizah (HTA). Hospital ini sangat moden dan canggih serta dibina untuk ibu dan anak di Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun, ia tidak dapat dimaksimumkan perkhidmatannya sebab tidak cukup jururawat. Jadi kita telah cepatkan kelulusan jururawat dihantar ke HTA dan usahakan untuk hospital lain juga,” katanya berucap pada sambutan Hari Jururawat Antarabangsa di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, masih terdapat jururawat berstatus kontrak malah, beliau juga cuba untuk membantu jururawat yang mempunyai ijazah sarjana muda namun masih berada dalam gred kumpulan sokongan.

Katanya, selain itu terdapat jururawat masyarakat yang sudah menjalani kursus namun sehingga kini belum dilantik menjadi jururawat U29.

“Kita cuba usahakan, saya tak berani janji 100 peratus tapi saya rasa tidak adil atas perjuangan jururawat kalau menteri kesihatan tidak cuba sedaya upaya untuk mendapatkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI