fbpx

Tunggu majlis khatam UMNO, Pas – Tok Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad ketika berucap merasmikan Majlis Wacana Aspirasi UMNO di Menara Dato Onn hari ini.

KUALA LUMPUR – Hubungan UMNO dan Pas dalam gagasan Muafakat Nasional (MN) kini berada di peringkat ‘surah terakhir’ dan hanya tunggu majlis khatam.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perbincangan mengenai status MN kini sudah di peringkat terakhir, namun keputusannya bergantung kepada parti.

“Perbincangan lanjut akan dilakukan dalam mesyuarat biro politik dan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

“Kita sudah sampai surah terakhir dan surah akhir sudah dibaca cuma khatam belum lagi. Majlis khatam kita tunggu.

“Khatam atau tidak masih tidak diketahui, kita akan buat keputusan di peringkat parti, nasihat saya biarlah parti yang membuat keputusan,” pada pada sidang akhbar selepas merasmikan Wacana Aspirasi UMNO di Menara Dato Onn hari ini.

Menurut Mohamad, kepimpinan serta presiden telahpun memberikan pandangan masing-masing.

Mohamad berharap tiada pihak yang membuat andaian secara berlebihan mengenai hubungan dua parti terbesar tersebut.

“Saya harap tiada (pihak) daripada UMNO atau mana-mana individu yang membuat andaian, biar parti buat keputusan jangan buat andaian jadi kelam-kabut.

“Ia adalah satu keputusan untuk kebaikan bersama,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI