fbpx

Ramalan cuaca buruk di 7 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan keadaan cuaca buruk melibatkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah pada petang ini.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan di Facebook memaklumkan ramalan tersebut berkuat kuasa sehingga pukul 7 petang hari ini.

Katanya, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah melibatkan kawasan Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Selain itu, di Pulau Pinang dijangka berlaku sekitar Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Di Perak pula, antara kawasan yang terkesan adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.

“Bagi negeri Kelantan, hujan lebat dilaporkan berlaku di Jeli, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang serta Besut, Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Semantara itu, cuaca buruk yang sama dijangka berlaku di Tanah Tinggi Cameron, Pahang dan juga beberapa daerah di Sabah temasuklah Pedalaman (Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Penampang dan Tuaran) petang ini. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI