fbpx

Permohonan Ukraine untuk sertai EU ambil masa berpuluh tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy melengkapkan bahagian kedua permohonan keahlian EU untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Eropah, kelmarin. - Twitter Olga Stefanishyna

STRASBOURG, PERANCIS – Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyatakan bahawa Ukraine mungkin akan mengambil masa sehingga berpuluh-puluh tahun untuk diterima sebagai ahli Kesatuan Eropah (EU), lapor stesen penyiaran CNN  kelmarin.

Menerusi ucapannya di Parlimen EU di Strasbourg, Macron turut mencadangkan agar Ukraine menyertai satu ‘komuniti Eropah yang selari’, ketika menanti keputusan daripada kesatuan itu.

Menurut beliau, ia akan membolehkan negara bukan ahli untuk tetap menyertai pakatan keselamatan blok Eropah dalam cara lain.

“Kita semua jelas bahawa proses untuk meluluskan (Ukraine) menyertai EU akan mengambil masa selama bertahun-tahun atau mungkin mencecah puluhan tahun.

“Itulah kebenarannya, melainkan kita membuat keputusan untuk merendahkan piawaian bagi menerima penyertaan ahli baharu dan memikirkan semula perpaduan di rantau ini,” katanya.

Tambah Macron, Ukraine perlu mempertimbangkan untuk menyertai ‘komuniti Eropah yang selari’, dan bukannya sekadar menanti permohonan bagi keahlian EU diluluskan. 

“Ia adalah satu cara untuk menyatukan negara-negara yang secara geografinya berada di Eropah dan berkongsi nilai-nilai bersama kita,” ujarnya.

Kenyataan Macron itu dikeluarkan selepas Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen mengumumkan bahawa eksekutif EU akan mengeluarkan pendapat awalnya berkaitan bidaan Ukraine untuk keahlian pada Jun ini.

Ukraine telah memulakan proses untuk memohon sebagai ahli EU pada Februari lalu, empat hari selepas pencerobohan Rusia.

Pegawai Kiev kelmarin mengesahkan bahawa negara itu telah menghantar bahagian kedua bagi permohonan keahlian EU kepada Brussels.

Kebiasaannya, sesebuah negara akan mengambil masa selama bertahun-tahun dalam rundingan keahlian pakatan itu, di mana calon-calon perlu membuktikan bahawa ia memenuhi semua kriteria yang telah ditetapkan, daripada demokrasi dan kedaulatan undang-undang kepada ekonomi yang kukuh. – Agensi 

masa berpuluh tahun

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI