fbpx

Ketua ajaran sesat di Thailand arah pengikut makan najis, lendir, kelemumur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thawee Nanra yang menggelar dirinya sebagai ‘bapa kepada semua agama’ ditahan pada Ahad lalu. – Viral Press

BANGKOK – Polis Thailand menahan seorang pemimpin ajaran sesat yang didakwa menyuruh pengikutnya memakan najisnya dan menyembah mayat manusia, lapor laman berita Wion News semalam.

Lelaki bernama Thawee Nanra, 75, itu dilaporkan tinggal dalam hutan di wilayah Chaiyaphum. Dia telah meminta pengikutnya memakan sisa badannya termasuk najis, lendir dan kelemumur.

Thawee menggelar dirinya sebagai ‘bapa kepada semua agama’ dan mendakwa boleh menyembuhkan penyakit. 

Menurut laporan, tapak khemah lelaki itu telah diserbu polis pada Ahad lalu.

Individu yang membuat laporan polis berkata, seorang wanita memberikan maklumat mengenai suspek selepas ibunya tidak dibenarkan pulang. 

Laporan mendakwa bahawa pengikut-pengikut suspek bergaduh dengan polis ketika dia ditangkap.

Sekurang-kurangnya 11 mayat ditemui di lokasi kejadian termasuk keranda berisi mayat dengan kira-kira 12 pengikut yang dilaporkan tinggal bersama suspek.

Ajaran itu didakwa telah beroperasi selama beberapa tahun dan terlepas daripada pengetahuan polis kerana terletak di sebuah kampung terpencil yang jauh daripada orang ramai.

Mayat yang ditemui polis telah dikumpulkan untuk dibedah siasat dan siasatan lanjut masih dijalankan. – Agensi  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI