fbpx

Janin ditemui dalam mangkuk tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Satu janin bayi lelaki cukup sifat ditemui dalam mangkuk tandas di sebuah stesen minyak sekitar Danau Kota, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 4.57 petang.

“Bertindak atas maklumat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju dan Forensik Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur telah menjalankan siasatan di tempat kejadian.

“Hasil pemeriksaan mendapati satu janin lelaki cukup sifat bangsa tidak pasti berusia kira-kira enam hingga lapan bulan disyaki telah dibuang dalam mangkuk tandas stesyen minyak tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, janin tersebut telah dibawa ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Kuala Lumpur 03-21159999 atau ke mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI