fbpx

Polis sedang kesan Muhammad Al Muizz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Muhammad Al Muizz Al Mawardi yang dikongsikan bapa mangsa di media sosial baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan Muhammad Al Muizz Al Mawardi yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu selepas menunaikan solat subuh di Masjid Al Muqarrabin, Cheras di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzham Jaafar berkata, pihaknya mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung kehilangan remaja berusia 16 tahun berkenaan.

“Setakat ini, remaja tersebut masih belum pulang ke rumah dan kali terakhir dilihat memakai baju kemeja lengan panjang, seluar berwarna hitam serta membawa beg galas berwarna coklat.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat di talian 019-3637813 atau hotline polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Idzham turut menasihatkan agar ibu bapa sentiasa memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan kehilangan Muhammad Al Muizz Al Mawardi sejak Ahad lalu selepas menunaikan solat subuh di masjid yang terletak kira-kira 20 meter dari rumahnya.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya tersebut juga telah memaklumkan ibu bapanya untuk beraya bersama rakan-rakannya di sekitar kawasan perumahannya di apartmen Tasik Height, Cheras selepas selesai menunaikan solat di masjid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI