fbpx

Lelaki maut langgar belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan tempat kejadian dalam kemalangan antara sebuah motosikal dan lori di Lebuh Raya NKVE awal pagi tadi.

PETALING JAYA – Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya melanggar belakang sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 22 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 6.41 pagi.

“Kemalangan berlaku di Lebuh Raya NKVE arah utara melibatkan sebuah lori jenis Scania dan motosikal jenis GPX GR200.

“Siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki berusia 32 tahun dipercayai telah melanggar belakang lori di susur Bukit Lanjan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ku Mashariman memaklumkan lelaki terbabit meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk tujuan bedah siasat. Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian,” ujarnya lagi.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Khairil Helmi di talian 019-3318339. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI