fbpx

Lelaki dikhuatiri lemas terjun dari Jambatan Kampung Raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI mangsa dilaporkan terjun daripada Jambatan Kampung Raja sebelum hilang dihanyutkan arus deras Sungai Semantan di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun daripada Jambatan Kampung Raja ke dalam Sungai Semantan di sini hari ini.

Difahamkan lelaki berusia 30-an yang dikatakan mengalami masalah mental itu pergi ke atas jambatan berkenaan menunggang sebuah motosikal sebelum bertindak terjun ke dalam Sungai Semantan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bomba yang menerima panggilan kira-kira pukul 11 pagi bergegas ke tempat kejadian bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat.

“Operasi pencarian mangsa dilakukan di kawasan bawah jambatan dan tebing Sungai Semantan oleh anggota bomba balai Temerloh.

“Bantuan turut diterima daripada Balai Bomba Bukit Angin bagi melakukan pencarian di sepanjang Sungai Semantan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya usaha mencari dan menyelamat pada masa ini giat dilakukan oleh pihak bomba bersama polis dan juga Angkatan Pertahanan Awam (APM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI