fbpx
GAMBAR isteri Fazley yang ditegur netizen kerana wanita itu menindik hidung.

Isteri dikecam tindik hidung, Fazley bidas netizen mulut lahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BULAN baik, apa salahnya kita jaga tutur kata. Jangan bercakap perkara-perkara yang boleh menyakiti hati orang lain.

Tak pasal-pasal dah dapat malu apabila nama diviralkan.

Diva bercakap mewakili cef selebriti terkenal iaitu Datuk Fazley Yaakob apabila dia naik angin dengan seorang netizen gara-gara menegur isterinya menindik hidung.

Kata netizen itu, tak manis seorang wanita lebih-lebih lagi bergelar ibu kepada beberapa orang anak bergaya dengan tindik pada hidung.

Panas hati dengan komen tersebut, Fazley membidas kata-kata netizen itu dan menyuruhnya supaya tidak menjaga tepi kain orang lain serta usah menyibuk tentang isterinya.

“Suka hati dialah (isterinya). Kau apa hal? Bini aku. Sudah, pergi main jauh-jauh. Jangan sibuk hal orang di sini. Pergi sambut raya diam-diam,” balas Fazley.

Nampak marah betul Fazley apabila ada orang menegur isterinya. Buat netizen semua, nak menegur tak salah, tapi kalau boleh ‘pm tepi’. Tak adalah nama sendiri viral nanti.

DIVA: Meriah dan cantik betul persalinan Che Ta sekeluarga ketika Aidilfitri.

POPULAR