fbpx

Lapan hari Op Selamat 18, 141 kematian dicatatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 135 kemalangan maut membabitkan 141 kematian telah direkodkan di seluruh negara sepanjang lapan hari Op Selamat 18 dilancarkan sejak 29 April lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak 12,985 kemalangan dilaporkan berlaku di seluruh negara.

Katanya, jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding Op Selamat 15 pada 2019 yang mencatatkan 12,500 kemalangan dengan 128 kemalangan maut dengan 136 kematian.

“Penunggang dan pembonceng motosikal menyumbang kematian tertinggi iaitu 88 kes.

“Dalam Op Selamat 18, kematian membabitkan kereta lebih tinggi iaitu 38 kes berbanding 34 pada Op Selamat 15,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Razarudin berkata, pada hari kelapan Op Selamat 18, sejumlah 1,496 kemalangan dicatatkan dengan Selangor merekodkan kemalangan tertinggi membabitkan 292 kemalangan diikuti Johor (200) dan Perak (163), manakala Perlis mencatatkan kemalangan terendah iaitu sembilan kemalangan.

“Daripada 1,496 kemalangan itu, 12 nyawa terkorban membabitkan empat kematian di Johor, tiga (Kedah), serta masing-masing satu kematian di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Kelantan dan Sabah,” ujarnya.

Sementara itu, sebanyak 257,808 saman dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada pengguna jalan raya sepanjang lapan hari Op Selamat 18.

Jelasnya, jumlah berkenaan ia adalah peningkatan sebanyak 69,553 saman atau 52 peratus berbanding saman dikeluarkan tempoh sama Op Selamat 15 iaitu 170,167 saman.

Op Selamat 18 telah dilancarkan sempena sambutan Aidilfitri selama 10 hari bermula 29 April hingga 8 Mei ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI