fbpx

Diaz permata baharu skuad Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIAZ menghadirkan impak besar kepada Liverpool bahkan memiliki potensi untuk tampil lebih baik pada musim depan. – AFP

LIVERPOOL – Lima gol dan tiga bantuan jaringan dalam 21 penampilan dalam semua pertandingan menjadikan Luis Diaz sebagai satu lagi per­mata buat Liverpool untuk cuba merealisasikan misi ‘quadruple’ musim ini.

Pertahanan The Reds, Andrew Robertson menggambarkan bintang dari Colombia itu sebagai pemain yang cukup istimewa termasuk ketika menjadi watak penting kepada kemenangan 3-2 di separuh akhir kedua Liga Juara-Juara ke atas Villarreal sekaligus mengesahkan tempat di perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini.

“Dia (Diaz) merupakan pemain yang sangat istimewa. Semua pemain cuba membantunya sehabis baik kerana kami juga tahu betapa sukarnya untuk menyertai pasukan pada Januari.

“Pemain dan jurulatih mahu dia menyesuaikan diri dengan lebih cepat. Dengan bakat yang dia ada dan kemahuan untuk menang, dia berjaya menyesuaikan diri dengan cukup sempurna,” kata Robertson.

Selain sumbangan jaringan dan bantuan gol, rekod Diaz bersama Liverpool juga cukup cemerlang apabila merekodkan purata 5.16 cubaan mengelecek dan muncul penyerang paling berjaya dalam aspek itu, merekodkan 61.64 peratus.

Walaupun sudah menghadirkan impak besar kepada pasukan, Robertson juga menjangkakan Diaz mampu tampil lebih baik untuk musim penuh­nya pada saingan akan datang

“Sukar untuk mengeluarkan Diogo Jota, namun kemasukkan Luis menghadirkan perubahan buat pasukan (dalam aksi menentang Villarreal). Saya bertuah dapat bermain bersamanya.

“Saya harap dia mampu jadi lebih baik dan muncul sebagai pemain yang menakutkan pasukan lawan. Namun apa yang sudah diberikannya ketika ini sudah cukup istimewa,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI