fbpx

Budak lelaki belanja gelandangan selipar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan keprihatinan seorang budak lelaki yang membelikan selipar kepada seorang gelandangan.

PETALING JAYA – Tular sebuah video memaparkan keprihatinan seorang budak lelaki yang membelikan sepasang selipar kepada seorang gelandangan di luar kedai serbaneka.

Tindakan budak lelaki tersebut telah menyentuh hati orang ramai yang rata-ratanya memuji sikap mulianya itu.

Lebih menarik perhatian apabila dia dilihat berulang-alik masuk ke dalam kedai untuk mendapatkan saiz selipar yang sesuai buat warga emas berkenaan.

Kegigihannya untuk membantu lelaki tersebut sememangnya mencerminkan keperibadiannya yang penuh santun serta menghormati orang tua.

Video yang dikongsikan oleh portal Malaysia Most Viral di Twitter semalam, telah mendapat lebih 20,000 tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, ramai memberi reaksi positif serta memuji didikan ibu bapanya sehingga berjaya membentuk seorang anak yang berjiwa besar.

“Inilah dikatakan akhlak yang mulia. Akhlak bukan boleh dibeli, tetapi dibentuk, tahniah buat ibu bapa anak ini,” ciap Aliff Asyraf.

“Anak siapa ini, ibu bapanya memang lakukan kerja yang terbaik dalam mendidiknya menjadi seorang yang berjiwa besar,” luah Soffiya.

“Mulianya hati awak adik, moga dah besar nanti, lebih ramai yang awak akan bantu,” komen Bashirah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI