fbpx

Enam cedera, Perodua Kancil rempuh restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan dalam restoran selepas kejadian kemalangan petang semalam.

MELAKA – Enam pelanggan kedai tomyam termasuk dua kanak-kanak cedera selepas sebuah kereta jenis Perodua Kancil terbabas dan merempuh sebuah restoran di Bukit Baru, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 7.15 malam itu, kesemua mangsa yang cedera berusia setahun hingga 56 tahun. Mereka dikejarkan ke zon hijau Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu lelaki warga emas itu hilang kawalan sebelum merempuh restoran tersebut.

“Pemandu berusia 66 tahun itu juga merupakan pelanggan restoran. Selepas menjamu selera dia pergi ke keretanya yang diletakkan di hadapan pintu gerbang premis.

“Selepas menghidupkan enjin,  kereta, warga emas itu mendakwa dia tertekan pedal minyak menyebabkan kenderaannya merempuh tembok dinding dan masuk ke dalam restoran” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini. Warga emas tersebut bagaimanapun tidak cedera.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI