fbpx
Keadaan kereta dan mangsa yang maut di di Kilometer 196.3 LPT 1, Kuantan.

Wanita maut Toyota Avanza terbabas akibat tayar bocor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh bukit di Kilometer 196.3 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) di sini hari ini.

Mangsa yang maut dalam kejadian melibatkan kenderaan jenis Toyota Avanza dinaiki lapan orang itu adalah penumpang belakang, Rohaimah Ngah, 60.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, semasa kejadian mangsa bersama enam lagi penumpang dan seorang pemandu dalam perjalanan dari Kuantan menuju ke Kedah.

“Apabila tiba di tempat kejadian tayar kenderaan dinaiki mangsa dipercayai bocor meyebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan yang terbabas sendiri dan melanggar bukit di sebelah kiri jalan.

“Akibat kejadian seorang penumpang meninggal dunia di tempat kejadian, tiga mangsa mengalami kecederaan di kepala, dua lagi cedera manakala seorang mangsa tidak mengalami kecederaan,”katanya di sini hari ini.

Menurut Wan Mohd. Zahari, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih giat dilakukan.

Ujarnya berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan semasa kejadian cuaca baik dan permukaan jalan kering. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN