fbpx

Pemuda maut terpelanting atas bonet hadapan kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kejadian seorang penunggang motosikal terpelanting di atas bonet hadapan sebuah kereta di Jalan Paya Terubong, George Town semalam.

GEORGE TOWN – Kemalangan melibatkan seorang pemuda yang maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan lalu merempuh sebuah kereta dari arah hadapan di Jalan Paya Terubong di sini pagi semalam tular di media sosial sejak malam tadi.

Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira pukul 9 pagi itu dirakam kamera papan pemuka atau dashcam pemilik kereta berkenaan.

Video yang berdurasi 33 saat itu menunjukkan penunggang motosikal terbabit dilihat terpelanting di atas bonet kereta tersebut sebaik tiba di satu selekoh.

Difahamkan, pemuda tempatan berusia 20-an itu dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada badan.

Semasa kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah Paya Terubong menghala ke Farlim, Ayer Itam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI