fbpx

Keterangan keluarga doktor pelatih maut terjatuh apartmen akan diambil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa terjatuh di sebuah apartmen merupakan doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang di George Town. -GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Polis akan mengambil keterangan ahli keluarga seorang doktor pelatih Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini yang dilaporkan maut terjatuh dari tingkap bilik kediaman sewanya di aras 23, sebuah apartmen di Jalan Dato Keramat 17 April lalu, minggu ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung punca kematian pegawai perubatan siswazah dari institut pengajian tinggi swasta yang berusia 25 tahun itu.

Menurutnya, polis setakat ini telahpun selesai merakamkan keterangan daripada doktor dan rakan serumah si mati mengenai kejadian berlaku.

“Polis akan mengambil keterangan daripada ahli keluarga si mati pada minggu ini. Kita juga masih menunggu keputusan bedah siasat, ujian makmal dan laporan kimia berhubung kematian pegawai perubatan siswazah tersebut.

“Si mati dilaporkan maut selepas terjun dari tingkap bilik rumah sewanya pada 17 April lalu. Setakat ini, kematiannya diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Dr. Ma’ Arof Sudin menerusi satu kenyataan mengesahkan kematian Pegawai Perubatan Siswazah yang baru melaporkan diri di HPP pada 4 April lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI