fbpx

Lelaki pandu ‘supercar’ RM3 juta baru dibeli langgar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guarini terlanggar sebatang pokok ketika memandu kereta 2006 Heritage Edition Ford GT selepas membelinya dalam satu acara lelongan. – Facebook John Peddie

BOCA RATON, FLORIDA – Seorang lelaki yang baru membeli sebuah kereta ‘supercar’ berharga AS$704,000 (RM3 juta) terpaksa berputih mata apabila kenderaan itu terlibat dalam kemalangan akibat dirinya yang tidak pandai memandu, lapor laman berita LadBible semalam.

Robert J. Guarini dari negeri Florida, Amerika Syarikat, melanggar  pokok ketika memandu kereta 2006 Heritage Edition Ford GT selepas membelinya dalam satu acara lelongan, bulan lalu.

Menurut laporan, kemalangan itu menyebabkan bahagian hadapan keretanya remuk.

Lelaki itu memberitahu polis bahawa dia hilang kawalan ketika memandu kereta itu dari kawasan kejiranan rumahnya kerana ‘tidak biasa memandu kereta manual’.

Laporan polis mengenai insiden itu menyatakan bahawa sejurus selepas kemalangan, Guarini menghampiri seorang petugas keselamatan berhampiran dan memberitahunya bahawa dia tidak mempunyai telefon bimbit.

Dia kemudiannya terpaksa berpatah balik ke rumahnya untuk menghubungi polis dan membiarkan keretanya tanpa pengawasan sesiapa.

Meskipun Guarini memberitahu polis bahawa dia tidak biasa memandu kereta secara manual, tambahnya, ia bukan menjadi satu-satunya penyebab kepada kemalangan itu.

“Tayar lama, laluan jalan yang berlumpur dan baru diturap membuatkan kereta itu berpusing dan melanggar sebatang pokok.

“Saya tidak mahu orang berfikir bahawa saya memandu pada kelajuan 144 kilometer sejam. Saya hanya memandu pada kelajuan 56 kilometer sejam,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI