fbpx

Haram ambil duit raya anak perbaharui ‘roadtax’ motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Azhar Idrus mengingatkan ibu bapa untuk menggantikan semula duit anak-anak sekiranya telah menggunakannya kerana hukumnya adalah wajib.

PETALING JAYA – Menjadi tradisi ketika sambutan hari raya untuk kita berkongsi rezeki bersama-sama temasuklah memberikan duit raya.

Namun, perlu diingatkan kepada ibu bapa agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan duit raya anak-anak kerana hukumnya adalah haram.

Menerusi perkongsian penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus memaklumkan hukum menggunakan duit raya anak adalah sama seperti menggunakan duit orang lain dan konsepnya seperti berhutang.

“Patutnya anak-anak dapat duit raya, ibu bapa simpankan, bukan guna.

“Ini bapa cukai jalan motor mati, ambil guna duit anak dan minta halal, mana boleh, anak tak baligh lagi, tak ada hak nak izinkan,” katanya.

Jelasnya lagi, sekiranya ibu bapa telah menggunakan duit anak-anak mereka, adalah wajib untuk menggantikan semula.

“Dah guna wajib ganti, kalau tak ganti haram, dosa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI