fbpx

Dua bot nelayan Vietnam ditahan pada raya pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rashidilhadi (kiri) memeriksa sebahagian sotong yang ditangkap nelayan Vietnam di perairan negara pada sidang akhbat di Zon Maritim Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Helah dua bot nelayan Vietnam mahu mencuri hasil laut negara pada 1 Syawal kelmarin berjaya digagalkan Maritim Malaysia (APMM).

Kedua-dua bot nelayan terbabit ditahan kapal peronda APMM pada kedudukan 66 batu nautika dari perairan Kuala Kemaman di sini antara pukul 2.30 petang hingga 3 petang.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, sewaktu ditahan dua bot nelayan itu dikendalikan oleh 12 kru warga Vietnam berusia dalam lingkungan 18 hingga 56 tahun.

Beliau berkata, APMM percaya nelayan Vietnam terbabit sengaja mahu mengambil kesempatan menceroboh perairan negara pada hari tersebut kerana menyangkakan pasukan penguatkuasaan agensinya leka menyambut Aidilfitri.

“Pemeriksaan menjumpai 200 kilogram hasil laut dan 200 liter minyak diesel pada kedua-dua bot nelayan asing terbabit.

“Kesemua hasil laut, minyak diesel, peralatan menangkap ikan dan dua bot berkenaan yang bernlai keseluruhan RM2 juta telah disita,” katanya di sini hari ini.

Rashidilhadi berkata, pemeriksaan terhadap kesemua 12 suspek mendapati mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

Tambah beliau, kedua-dua bot juga tidak mempunyai kebenaran untuk menangkap ikan di perairan negara.

“Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1963. APMM tidak pernah berehat membanteras pencerobohan perairan negara walaupun pada Hari Raya Aidilfitri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI