fbpx

Cuti Hari Pekerja di Selangor esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Cuti umum Hari Pekerja di seluruh Selangor dipinda ke hari esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim berkata, pentadbiran negeri menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai perubahan hari kelepasan am bagi Hari Pekerja dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

“Kenyataan berkenaan selaras dengan peruntukan Seksyen 3 Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

“Selepas turut mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari bersetuju bahawa cuti Hari Pekerja akan dibawa kepada hari Rabu (esok),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Haris, perubahan cuti hari kelepasan am itu turut dipanjangkan untuk diterima pakai kepada pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI