fbpx

Tak sempat tukar duit raya, kod QR jadi pengganti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan ahli keluarga terpaksa menggunakan kod QR susulan tidak sempat mengeluarkan duit melalui ATM bank.

PETALING JAYA – Sudah menjadi lumrah buat masyarakat pada musim perayaan Aidilfitri memberi duit raya kepada keluarga dan saudara mara dalam bentuk sampul bagi memeriahkan suasana.

Berlainan pula suasana Syawal tahun ini susulan ramai yang tidak bersedia untuk menyambut perayaan yang jatuh lebih awal pada 1 Mei sehingga terpaksa melupakan budaya kebiasaan dengan memberikan duit raya menerusi kod QR bank.

Menerusi sebuah video berdurasi 24 saat di muat naik pengguna media sosial bergelar Princess Ryoma, video itu memaparkan kesemua ahli keluarga saling bertukar kod QR bank bagi memberikan duit raya kepada golongan tersayang.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang tidak sempat mengeluarkan wang tunai kerana dipercayai duit mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sudah kehabisan.

“Ini mesti duit bank dah habis. Bank pun tiada tunai,” komen Aliya Maisarah.

“Ini mesti sebab tidak sempat cash out,” ulas Qashrina.

“Boleh guna tahun hadapan, tiada dah alasan duit habis,” seloroh Avrian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI