fbpx

Lelaki pandu Toyota Alphard secara berbahaya direman tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu Toyota Alphard dipercayai melakukan provokasi di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak direman selama tiga hari.

KUALA LUMPUR – Pemandu Toyota Alphard yang tular di media sosial dipercayai membuli pengguna jalan raya lain dekat Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Genting Sempah direman polis hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, lelaki berusia 43 tahun itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada pukul 10 pagi tadi untuk memohon perintah tahanan reman.

“Suspek direman selama tiga hari sehingga Rabu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya hari ini.

Terdahulu, akhbar melaporkan polis telah memberkas seorang pemandu kereta kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard itu yang dilihat memandu secara berbahaya dipaparkan menerusi sebuah video tular di media sosial.

Pemandu itu telah ditahan di pekarangan Bahagian Siasatan dan Perundangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada jam 2 petang semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI