fbpx

Terengganu pinda cuti peristiwa Aidilfitri pada 4 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri.

KUALA TERENGGANU – Cuti peristiwa Hari Raya Aidilfitri bagi Terengganu dipinda awal sehari pada 4 Mei iaitu Rabu ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pindaan tersebut berikutan pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja- Raja yang mengisytiharkan umat Islam negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 2 Mei iaitu esok.

“Memandangkan 1 Syawal jatuh pada 2 Mei iaitu esok, kerajaan negeri Terengganu bersetuju untuk menjadikan 4 Mei sebagai cuti peristiwa menggantikan Khamis.

“Manfaatkan ruang ini untuk bersama keluarga tercinta. Selamat Hari Raya Aidilfitri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kosmo! 28 April lalu melaporkan kerajaan negeri Terengganu mengisytiharkan 5 Mei ini sebagai cuti peristiwa sempena Hari Raya Aidilfitri.

Ahmad Samsuri berkata, cuti peristiwa tersebut akan dikuatkuasakan sekiranya 1 Syawal jatuh pada 3 Mei ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI