fbpx

Iman Troye tayang kekasih?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEJAKA misteri yang didakwa sebagai kekasih Iman Troye.

PENYANYI kecil molek Iman Troye tiba-tiba bertiup kencang dalam TikTok sejak beberapa hari lalu selepas berkongsi sebuah video bersama seorang jejaka yang dikatakan kekasihnya.

Selain itu, kapsyen Iman untuk video tersebut turut mengundang tanda tanya ramai sehingga ada yang membuat spekulasi sendiri.

“Lambat sangat nak tunggu dia dedahkan, tak mengapalah, kita buat sendiri,” tulis pelantun lagu Teman itu.

Disebabkan perkongsian tersebut, ramai yang terkejut kerana tiada angin tiada ribut, tiba-tiba Iman muat naik sepotong video bersama seorang jejaka.

Sebelum ini Iman jarang terpalit dengan gosip cinta selain dengan Naim Daniel.

“Kenapa aku yang teruja bila Iman kongsi video dengan lelaki ini,” komen seorang netizen.

“Mesti ramai yang akan tinggalkan kumpulan pemuja rahsia (crush) Iman,” ujar seorang pengguna TiKTok.

Bersabarlah kepada peminat-peminat lelaki Iman. Jika benar Iman bercinta pun apa salahnya, dia bukan lagi di bangku sekolah dan layak untuk rasa bahagia.

DIVA: Seronok tengok TikTok dan Reels sekarang, penuh video lagu raya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI