fbpx

Rayuan BKM dibuka mulai 2 Mei ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul.

PUTRAJAYA – Tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuka
mulai 2 Mei ini selama sebulan bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan terdahulu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tempoh tersebut diberikan kerana kerajaan sedar bahawa mungkin masih ada rakyat yang layak menerima BKM tetapi belum didaftarkan di dalam pangkalan data Kerajaan.

“Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan dan pemohon boleh mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Bermula 2 Mei ini, permohonan rayuan BKM boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi BKM LHDN di pautan https://bkm.hasil.gov.my manakala bermula 9 Mei pula borang rayuan yang telah dilengkapkan boleh mula dihantar secara manual,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, penghantaran borang rayuan BKM 2022 secara manual boleh dibuat melalui cawangan, Pejabat Satelit, Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN yang berhampiran.

“Setelah pangkalan data BKM dikemaskini, pembayaran rayuan BKM kepada pemohon yang lulus akan disalurkan pada bayaran Fasa 3 dan Fasa 4 yang dijadualkan pada September dan Disember depan.

“Pemohon rayuan BKM boleh merujuk kepada ‘Soalan Lazim’ yang telah dimuat naik di portal rasmi BKM bagi mendapatkan maklumat lanjut,” ujar beliau.

Tengku Zafrul berkata, setakat ini hampir RM2.0 billion bantuan Fasa 1 BKM telah disalurkan kepada hampir 9.0 juta penerima B40 seluruh negara pada Mac lalu dan bayaran Fasa 2 sebanyak RM1.1 bilion pula akan dibuat pada Jun depan.

Tambah beliau, kerajaan kekal komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia
keseluruhannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI