fbpx
Jokowi dan isteri, Iriana Joko Widodo, menunaikan solat sunat Aidilfitri di halaman utama Istana Kepresidenan Bogor, Jawa Barat, pada 13 Mei 2021. - Biro Pers Sekretariat Presiden

Jokowi pilih beraya di Jogjakarta tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) akan  melakukan perjalanan ke kota Jogjakarta bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri pada  tahun ini, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Jokowi dijangka memulakan perjalanan balik kampungnya hari ini (Sabtu) menggunakan laluan udara.

Presiden Indonesia itu memilih untuk tidak pulang ke kampung halamannya  di Solo,  wilayah Jawa Tengah sebaliknya akan menyambut Aidilfitri di Jogjakarta.

“Tahun ini saya tidak pulang ke Solo sebaliknya akan beraya di Jogjakarta. Bagaimanapun, tidak pasti lagi berapa lama saya akan berada di sana,” kata Jokowi.

Dalam pada itu, Jokowi turut mengesahkan bahawa  beliau tidak akan menganjurkan sebarang majlis rumah terbuka atau jamuan istimewa sempena lebaran kali ini.

“Tidak ada anjuran rumah terbuka. Seperti yang sudah saya beritahu sebelum ini, sebarang majlis yang melibatkan pengumpulan orang ramai perlu dielakkan terutama bagi kakitangan kerajaan,” ujarnya.  

Sementara itu, pemimpin nombor satu bagi wilayah Jakarta, Anies Baswedan pula menyatakan bahawa beliau tidak akan pulang ke kampung halaman untuk berhari raya pada tahun ini.

Meski pemerintah telah memberikan izin untuk mudik atau perjalanan balik kampung, Anies sebaliknya memilih untuk tidak pulang kampung dengan alasan ‘jaga gawang’ atau memantau situasi di Jakarta.- Agensi 

POPULAR