fbpx

Gaya raya dengan kereta sport ‘rare’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENTERA sport yang mempunyai dua tempat duduk ini mempunyai rekaan yang mempesona dan pantas membuatkan sesiapa sahaja memandang ke arahnya.

MODEL odel unik, Toyota GR Supra ini dikatakan cuma beberapa unit di atas jalan raya sekali gus kehadirannya sering mencetuskan ketakjuban orang ramai di sekeliling dan pasti gempak jika dapat memandunya pulang ke kampung pada hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang ini.

Model ini telah dipertingkat lagi dengan penaiktarafan untuk memberikan lebih banyak kemudahan dan keselesaan kepada pengguna yang menghargai teknologi digital bagi membolehan mereka tidak sekadar dapat menikmati pemanduannya, malah turut memanfaatkan teknologi connectivity masa kini.

Antara kemas kini yang dilakukan seperti menawarkan enjin 3.0 liter turbo dan transmisi lapan kelajuan automatik. Kombinasi itu mampu menghasilkan 388PS pada 5,800 hingga 6,500rpm, 14 peratus lebih tinggi daripada sebelum ini.

Tork maksimum pula masih kekal 500Nm tetapi pada julat lebih luas 1,800 hingga 5,000rpm berbanding 1,600 hingga 4,500rpm sebelum ini.
—————————————————————————————————————————————————————————————

SUDAH dua tahun kita tidak dapat mengecapi nikmat berhari raya kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik yang melanda satu dunia, Covid-19.

Pada tahun ini, nampak gayanya kita sudah memasuki ke fasa peralihan endemik dan dapat menyambut lebaran seperti sebelum ini.

Persiapan demi persiapan dibuat untuk pulang ke kampung halaman dan trafik pada musim perayaan tahun ini juga dijangka meningkat.

Baru-baru ini penulis telah diberi peluang pihak UMW Toyota untuk memandu uji sebuah unit model unik jenama itu, GR Supra.

Pada hemat penulis, kereta seunik GR Supra ini kalau dapat dipandu semasa pulang berhari raya pasti gempak kerana boleh dikatakan, hanya ada berapa unit model legenda ini di atas jalan raya. Model ini boleh dianggap kereta sport ‘rare’ yang menjadi legasi kepada model kereta sport zaman dahulu.

Rakyat Malaysia juga sejak kebelakangan ini seperti sudah menjadi trend menyewa kereta sport atau supercar pada musim perayaan dan ada yang sanggup berhabis puluhan ribu ringgit semata-mata dapat membawa pulang kereta idaman mereka. GR Supra ini dilihat sebagai kereta sport mewah dua tempat duduk yang boleh membuatkan banyak mata terbeliak jika dibawa pulang ke kampung oleh individu bujang atau berpasangan.

LABEL pada kereta sport keluaran Toyota ini bersifat unik dan ikonik.

Berbalik kepada pandu uji, Toyota GR Supra generasi terbaharu ini dijual pada harga setengah juta ringgit iaitu bermula RM589,987 yang dibangunkan tidak berfokuskan prestasi sahaja.

Model ini telah dipertingkat lagi dengan penaiktarafan untuk memberikan lebih banyak kemudahan dan keselesaan kepada pengguna yang menghargai teknologi digital bagi membolehan mereka tidak sekadar dapat menikmati pemanduannya, malah turut memanfaatkan teknologi connectivity masa kini.

Antara kemas kini yang dilakukan seperti menawarkan enjin 3.0 liter turbo dan transmisi lapan kelajuan automatik. Kombinasi itu mampu menghasilkan 388PS pada 5,800 hingga 6,500rpm, 14 peratus lebih tinggi daripada sebelum ini.

Tork maksimum pula masih kekal 500Nm tetapi pada julat lebih luas 1,800 hingga 5,000rpm berbanding 1,600 hingga 4,500rpm sebelum ini.

Antara faktor peningkatan prestasi yang dilakukan jurutera Toyota ialah dengan cara menala semula dan menambah manifold ekzos dua cabang dengan enam port bagi memperbaiki pengurusan haba enjin.

Rekaan baharu untuk piston pula telah mengurangkan nisbah mampatan enjin daripada 11:1 kepada 10.2:1. Penambahbaikan itu juga menyebabkan kereta sport ini boleh memecut dari pegun hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 4.1 saat.

Bahagian casis juga sudah ditala dengan tambahan Performance Rod untuk meningkatkan ketahanannya dan memberikan kestabilan yang lebih baik ketika di selekoh.

Dari segi rekaan dan ukuran kejuruteraan, GR Supra sejak awal telah memberi tumpuan kepada faktor prestasi, kemampuan pengendalian dan penggayaan di samping barisan elemen yang menjadikannya legenda secara tidak langsung yang mewarisi Supra terdahulu.

REKAAN dalaman kenderaan ini turut membawa bersama legasi kereta sport zaman dahulu.

Pada aspek keselamatan pula, model ini turut dilengkapi teknologi keselamatan yang membolehkan pemandu mengunjurkan kemampuan kereta dan pemanduan mereka sendiri dengan selamat.

Teknologi ini merangkumi pelbagai sistem aktif yang berfungsi untuk membantu pemandu dalam keadaan yang memerlukan termasuklah ciri Amaran Perlanggaran Depan, Amaran Perlanggaran Belakang, Amaran Penukaran Lorong, Kawalan Melayar Adaptif (semua kelajuan),
Sistem Lampu Tinggi dan Bantuan Penanda Jalan.

Selain itu, Sistem Brek Antikunci (ABS), Agihan Daya Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA); Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC), Kawalan Bantuan Mula Mendaki (HAC), Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), Peninjau Titik Buta (BSM), Amaran Lintasan Trafik Di Belakang, Sensor Parkir di depan dan belakang serta kamera undur turut ditawarkan.

Pengalaman penulis hampir seminggu memandu kereta ini mendapati, ia merupakan sebuah kereta yang boleh dipandu santai dan agresif.

Penggunaan petrol pula bergantung kepada cara anda memandunya.

KOMPONEN gear pada kenderaan ini mempunyai rekaan tersendiri.

Sejujurnya model ini memang mampu menarik perhatian orang kerana rekaan dan identiti Supra yang tersendiri. Pernah sekali ketika penulis memandu, sebuah kereta mengekori dan berhenti di sebelah semata-mata ingin menunjukkan isyarat bagus dengan reaksi kagum.

Pun begitu, biar apapun kereta yang kita pandu semasa pulang berhari raya nanti jangan lupa untuk melakukan pemeriksaan kenderaan seperti penyelenggaraan enjin, keadaan tayar dan tayar simpanan. Pastikan setiap lampu dan lampu isyarat termasuk pengelap cermin berada dalam keadaan baik. Sebagai tambahan, bawa lampu suluh sekiranya berlaku kecemasan pada waktu malam.

Rancang perjalanan anda, sehari sebelum pemanduan pastikan anda dapat rehat yang cukup. Pastikan juga mental anda sebagai pemandu bersedia dengan pelbagai kemungkinan seperti kesesakan luar biasa dan keadaan cuaca hujan.

Banyakkan bersabar dan bertolak ansur dengan pemandu kenderaan lain. Pastikan penumpang seperti anak-anak ada mainan atau sebagainya untuk menghilangkan bosan.

Persediaan ini penting kerana kita tidak mahu ada tangisan duka yang menyambut kepulangan kita nanti.

RIM kenderaan ini kelihatan sporty, manakala gambar kanan menunjukkan reka bentuknya yang begitu unik.

Apa yang paling penting, semua pengguna jalan raya jangan abaikan aspek keselamatan dan pastikan kenderaan dalam keadaan baik kerana dijangkakan tempoh perjalanan akan meningkat beberapa kali ganda daripada normal. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI