fbpx

BNM umum lima lesen bank digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BNM berpandangan bank-bank pusat akan terus membuat pelarasan dasar monetari bagi mengurangkan tekanan inflasi berikutan harga komoditi tinggi dan permintaan kukuh. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan lima pemohon yang telah berjaya mendapatkan lesen bank digital yang diluluskan oleh Menteri Kewangan Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pemohon tersebut akan dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK).

Ia terdiri daripada  Konsortium Boost Holdings Sdn. Bhd. dan RHB Bank Berhad,  Konsortium yang diterajui oleh GXS Bank Pte. Ltd. dan Kuok
Brothers Sdn. Bhd. dan Konsortium yang diterajui oleh Sea Limited serta YTL Digital Capital Sdn Bhd.

Konsortium lain adalah AEON Financial Service Co., Ltd., AEON Credit
Service (M) Berhad dan MoneyLion Inc, serta Konsortium yang diterajui oleh KAF Investment Bank Sdn. Bhd.

“Tiga daripada lima konsortium ini dimiliki secara majoriti oleh warga Malaysia iaitu Boost Holdings dan RHB Bank Berhad, Sea Limited dan YTL Digital Capital Sdn. Bhd. serta KAF Investment Sdn. Bhd.,” jelas bank pusat.

Tambah BNM, kesemua 29 pemohonan yang diterima telah dinilai secara menyeluruh mengikut seksyen 10 (1) APK dan APKI1 yang menghendaki BNM mengambil kira semua faktor dalam Jadual 5 Akta-akta tersebut dan keperluan dasar lain yang berkaitan.

Kriteria penilaian merangkumi kewibawaan dan integriti pemohon, bentuk dan kecukupan sumber kewangan, kekukuhan dan kebolehlaksanaan pelan perniagaan serta teknologi serta keupayaan untuk menangani jurang rangkuman kewangan secara berkesan.

Permohonan dinilai mengikut merit pemohon serta perbandingan yang dibuat dengan permohonan lain berdasarkan penilaian yang konsisten bagi setiap kriteria penilaian.

Semakan mendatar (horizontal review) dilaksanakan berdasarkan kriteria
penilaian yang digunakan terhadap semua pemohon bagi menentukan
kekukuhan relatif setiap permohonan dan mengenal pasti pemohon yang
berjaya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI