fbpx
Gaun raya Money yang direka oleh pereka fesyen terkenal, Man Kajang.

Tempah ‘gaun raya’ untuk kucing kesayangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Demi kucing kesayangan, seorang wanita sanggup berhabisan wang ringgit demi menempah ‘baju raya’ untuk kucing peliharaannya, Money.

Menerusi satu rakaman klip video yang dikongsi oleh seorang pengusaha tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri di akaun TikTok dan Instagram, ia menunjukkan seekor kucing sedang memakai gaun berwarna kuning.

Lebih menarik, dress comel yang direka oleh Man Kajang tersebut memiliki hiasan manik yang cantik untuk haiwan tersebut.

Haliza menerusi akaun media sosialnya itu berkata, gaun tersebut telah direka oleh seorang pereka fesyen terkenal.

Katanya, setiap tahun, beliau sememangnya akan menempah baju raya untuk kucing kesayangannya itu.

“Kucing ini bukan sekadar haiwan peliharaan biasa, malah ia dianggap sebagai ahli keluarga dan Money sering dibawa ke mana-mana,” ujarnya.

Susulan perkongsian klip video itu, rata-rata penggemar haiwan berkenaan turut meninggalkan reaksi di ruangan komen.

“Kemain ko Jah, kalah Che Ta,” komen @Arifnurun.

“Baju raya kucing lagi cantik daripada baju raya aku,” seloroh Nadia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN