fbpx

Tidak tolak kemungkinan mercun dan bunga api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN rumah yang musnah teruk dalam kejadian kebakaran mengorbankan seorang kanak-kanak di Permatang Badak di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan melakukan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian kebakaran dan letupan dahsyat melibatkan dua buah rumah di Jalan Permatang Badak Perdana 2 di sini termasuk kemungkinan berpunca daripada mercun dan bunga api.

Pengarah JBPM Pahang, Datuk Ir Dr. Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata siasatan itu melibatkan pelbagai sudut kerana kemusnahan kedua-dua buah rumah berkenaan dipercayai bukan berpunca daripada kebakaran.

Beliau memberitahu, pihak bomba tidak menolak kemungkinan letupan itu dipercayai berpunca dari beberapa bahan seperti mercun dan bunga api.

“Berdasarkan tinjauan, saya lihat ada silinder gas dan bunga api tetapi kita juga tidak tahu apakah sebenarnya bahan yang menyebabkan letupan.

“Kalau betul letupan itu berpunca daripada bunga api atau mercun, kita perlu tahu berapa banyak jumlah mercun sehingga menyebabkan kejadian letupan teruk dan memusnahkan rumah,” katanya selepas mengadakan tinjauan di lokasi kebakaran dan letupan membabitkan dua rumah di Kampung Permatang Badak Perdana 2 di sini , hari ini.

Jelasnya jika dilihat pada dasarnya dalam kejadian ini, bahan yang berlaku letupan kemungkinan daripada dapur masak gas atau bahan lain yang masih dalam siasatan.

“Berdasarkan kepada laporan saksi semasa kebakaran berlaku adanya letupan yang sangat kuat yang boleh didengari sehingga 10 kilometer,”ujarnya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI